Nadi – Kidventure: Rakaman Webinar 19 – 19. 3
13 Julai 2026 | Aktiviti Terkini12 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah menonton video rakaman webinar kidventure 19 – 19.3 yang merangkumi tajuk Rancang Perniagaan Dengan BMC, Saya Ada Idea, Tapi Saya Tak Ada Modal, Ubah Masalah Menjadi Peluang, Mindset Usahawan, dan Pelan Perniagaan Mini . Seramai 3 orang peserta telah terlibat dengan kelas ini.
Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas membangunkan perniagaan melalui Business Model Canvas (BMC) bagi merancang model perniagaan secara sistematik, mengenal pasti pelanggan sasaran dan nilai produk. Peserta turut didedahkan bahawa kekurangan modal bukan penghalang untuk memulakan perniagaan, sebaliknya perlu bijak memanfaatkan peluang dan menyelesaikan masalah pelanggan. Selain itu, sesi ini menekankan kepentingan membentuk mindset usahawan yang kreatif, berani dan berdaya tahan serta menyediakan pelan perniagaan mini sebagai panduan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih terancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: